BERITA : Gambar Sepanjang Majlis Pengkebumian Ustaz Azizan Abdul Razak

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.

Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak.