Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui ?

Pasti ramai yang sudah maklum tentang Produk Double Stem Cell keluaran Phytoscienceyang mendapat sambutan yang agak tinggi sekarang. Produk ini dikatakan mampu untuk mengekalkan kesihatan dan kembali cantik di samping cara pemakanan yang amat mudah dan mempunyai perisa seperti epal dan anggur.

Namun untuk entry kali ini, mambang bukan lagi nak mempromosikan Double Stem Cell ini kerana ramai yang sudah tahu tentang kebaikannya. Tetapi kali ini mambang nak memberitahu bahawa Produk Double Stem Cell ini tidak mempunyai sijil halalnya yang sah !

Terdetik di hati mambang nak buat entry seperti ini kerana mambang ada terbaca di beberapa blog seperti blog mazidulakmal dan sahabathalal. Mula-mula sekali mambang agak kurang percaya kerana sudah lama produk ini berada di pasaran dan baru kini statusnya diketahui. Mambang juga agak bersimpati kepada rakan-rakan di luar sana yang telah menjadi agen / stokis untuk Double Stem Cell ini.

Jadi, untuk mendapatkan kepastian lagi, mambang cuba untuk hubungi pihak Halal Hub. Apa yang mambang terima adalah sama seperti apa yang ada dalam blog di atas.

halal, phytoscience, double, stem, cell

Dan mambang juga bertanya adakah hanya Double Stem Cell tidak mempunyai status halal atau keseluruhan produk keluaran dari Phytoscience. Antara jawapan yang diberikan adalah seperti ini :

halal, double, stem cell, phytoscience

Niat mambang di sini bukanlah nak menutup ‘periuk nasi’ mereka yang sudah menjadi agen / stokis Double Stem Cell ini, tetapi mambang hanya sekadar berkongsi apa yang mambang miliki.

Nantikan entry berikutnya apabila mambang berjaya mendapat penjelasan dari pihak Phytoscience sendiri ya.