Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Hai Assalamualaikum semua, sempena hari Maulidur Rasul ini, mambang nak kongsikan beberapa tips yang mambang belajar dan serba sedikit ilmu yang mambang tahu mengenai Blog yang menggunakan platform Blogger. Jom baca sampai habis. Di sini ada 3 ilmu blogspot yang mambang nak kongsikan kepada blogger Malaysia. 

Related: Status Halal Produk Double Stem Cell Diragui?

Ok melalui entry Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, mambang nak dedahkan beberapa teknik khas yang wajib dikuasai oleh para blogger semua ya.

Pertama sekali kita terapkan ilmu SEO

Pasti ramai blogger yang kurang mahir dalam menggunakan SEO ( Search Engine Optimization ). Begitulah juga dengan mambang sendiri yang kurang mahir menggunakan teknik ini walaupun dah beberapa kali belajar dari sini. SEO merupakan satu teknik yang mesti dimiliki oleh beberapa blogger supaya link blog kita berada di halaman utama page google apatah lagi berada di bahagian atas sekali. Jadi moh kita sama-sama praktikkan teknik ini dengan merujuk kepada link blog yang mambang sertakan itu. Ingat, kaedah SEO ini begitu penting dan sudahpun diamalkan sejak turun-temurun oleh para blogger hebat.

Related: Jimatkan Petrol Dengan Bio Energy Sticker

Yang kedua ialah berkenaan ‘Sitemap’
 SITEMAP – atau istilah yang mambang panggil ialah ‘isi kandungan’. Setiap blog / website mestilah mempunyai sitemap kerana ia sangat berguna untuk pembaca / pengunjung yang datang bertandang ke blog kita. Kegunaan sitemap ini ialah dengan menyenaraikan kesemua entri / post yang kita publish / terbitkan bermula dari blog / website anda ditubuhkan. Banyak cara untuk kita membuat sitemap ini yang anda boleh dapati di google.com dengan menggunakan keyword ‘buat sitemap untuk blogger’
Akhir – ‘Ping Entry’
Apa itu PING ??
Hahaha sebenarnya mambang sendiri pun tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘ping’ . Apa yang mambang tahu, ping ialah salah satu cara yang digunakan oleh beberapa blogger hebat di dunia ini. Kaedah ping entry ini bermaksud kita menghantar link entry kita ke laman sosial, group blogger, serta website yang menyediakan perkhidmatan ping ini seperti busuk.org, blogr.my, pingje.com yang ni ja yang mambang selalu guna dan banyak lagi. Dari situ kita sudah berjaya menaikkan trafik kita dengan ‘mengelirukan’ pembaca menggunakan propaganda kita sendiri. hahaha. Oh ya sebelum itu kalau ada yang nak ping entry kalian ke group facebook boleh menggunakan link sini.

Ok itu saja penyampaian mambang mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia setakat ini, diharap semua dapat mempraktikkan diri sendiri dalam menggunakan beberapa teknik yang mambang bagi tu ya. Sekian.

Kontes Ilmu Blogspot Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog HebatSyuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.comEjamOthman.com serta ditaja bersama oleh Blog Mesti BacaBabyaimacomel.blogspot.comMawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.comEcadwinkyasha.comTerbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.