Hotel Murah di Terengganu

Assalamualaikum semua, baru-baru ini mambang bersama lagi 9 blogger yang lain yang mewakili Blooggers Dot Com telah berangkat ke Terengganu untuk satu review mengenai Hotel Apartment yang Murah di Kuala Terengganu .

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa di Kuala Terengganu, berhampiran Pantai Batu Burok terdapat sebuah Hotel Apartment yang merupakan salah satu Hotel Murah di Kuala Terengganu . Biar mambang ceritakan serba sedikit mengenai hotel ini .

Info SUMAI HOTEL APARTMENT
Diberi nama SUMAI HOTEL APARTMENT dan dimiliki oleh seorang yang berbangsa Melayu iaitu En. Sulaiman Mahyudin . Susah kita nak jumpa tauke hotel yang berbangsa Melayu ini.

Sebuah hotel yang didirikan betul-betul mengadap ombak Pantai Batu Burok ini yang berkonsepkan apartment dan mempunyai beberapa pakej mampu milik yang sememangnya sebuah Hotel Apartment Murah di Kuala Terengganu ini.

Suasana di dalam Hotel Apartment ini pula memang menarik di mana kelengkapan yang lengkap seperti dapur, bilik, sofa, tv, meja makan, keperluan WiFi juga disediakan. Memang mambang tidak nafikan bahawa kualiti SUMAI HOTEL APARTMENT ini boleh mengalahkan beberapa buah homestay yang berada sekitar dengannya.

Jika anda berada di SUMAI HOTEL APARTMENT ini , anda tidak perlu risau untuk berjalan-jalan mengambil angin di Pantai Batu Burok kerana perjalan untuk ke pantai hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Itu pun kalau jalan kaki.

Untuk ke Pasar Payang pula, perjalanan dari sini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja ! Secara keseluruhannya bagi mambang kedudukan SUMAI HOTEL APARTMENT ini memang strategik sekali.

JENIS BILIK & APARTMENT

Studio Room
Suite Room
Deluxe Apartment
Standard Apartment
Suite Apartment
Superior Apartment

MAKANAN
Seperti hotel-hotel yang lain, SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa menu makanan yang pasti menjilat jari anda.

Kafe Bintang Laut Restaurant yang menjadi tempat utama bagi sesiapa sahaja yang menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT ini untuk menjamu selera samada sarapan pagi, tengah hari, dan juga makan malam.

Bintang Laut Restaurant juga dibuka untuk orang awam yang berminat untuk menikmati juadah istimewa yang tersedia oleh pihak hotel. Harganya pasti mengkagumkan bagi anda yang pernah ke sana .

Berikut ialah beberapa menu yang mambang sempat makan ketika berada di sana 

Anda tak perlu risau kerana tanpa menginap di hotel ini pon, anda dapat makan makanan seperti di atas sebab mambang dah cakap yang Bintang Laut Restaurant ni ada dibuka untuk public.

Jadi sebelum mambang akhiri entri kali ini, mambang ingin buat satu promosi untuk pembaca blog mambang di mana anda boleh dapatkan harga penginapan yang istimewa daripada biasa.

Jadi apa yang korang tunggu lagi…cepat backpacking kemudian mesej ke nombor yang tertera di atas !