HIBURAN : Aril AF7 Sah Bergelar Suami

Tahniah mambang ucapkan kepada pasangan pengantin baru ini Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda kerana selamat diijabkabulkan pada jam 3.10 petang 20 Disember 2013.

Khairil Azam Pilus ( Aril ) yang juga penyampai radio Era fm dan juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7 telah selamat di ijabkabulkan dengan buah hati pilihannya sendiri selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.