Tentang Saya

Hai & Assalamualaikum semua serta salam sejahtera untuk pengunjung baru dan lama blog ini.

Firstly, nak mohon maaf andai penggunaan bahasa ‘aku’ dalam entry ini bagi pembaca yang lebih dewasa camna nak mula ni ?? hahaha

Baiklah nama aku sebenarnya Muhammad Amirul Syahnaz B. Mohd Shukri, sebenarnya tak ada kaitan langsung pun dengan mana-mana ‘mambang’ yang korang pernah jumpa. Penggunaan nama coretan-mambang adalah kerana aku berasa sangat unik dan belum pernah dipakai orang ketika nama ini dipilih.

Aku merupakan anak sulong / pertama dalam 3 adik-beradik yang lain dan kesemuanya lelaki. hahaha…
Dilahirkan dengan disambut oleh bidan kampung di Jeniang, Kedah pada 18 Julai 1993.

Seorang yang peramah, periang dan tidak pernah marah andai tiada sebab aku nak marah. Aku juga seorang yang periang serta suka menyakat kawan-kawan yang telah lama aku kenal.

Aku mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Petani Jaya, Sungai Petani dan berpindah ke Sekolah Rendah Taman Seri Wang yang lebih dekat dengan rumah aku. Peringkat menengah pula aku menetap di kampung halaman di Jeniang, Kedah dan meneruskan pengajian di SMKA Sik sehingga ke tingkatan 3 dan berpindah pula ke SMK Sik sehingga ke tingkatan 5.
Sekarang , tahun 2014 aku menyambung pelajaran di UiTM Merbok, Kedah dalam bidang Sains Matematik dan insyaAllah akan tamat pada pertengahan tahun 2014.

Mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan komputer. Mula berjinak dengan komputer pada awal tahun 2004 dan kini telah berjaya menguasai beberapa perkara berkenaan komputer. Juga seorang penulis di blog ini dan pengendali sebuah laman web membeli belah kepunyaan aku sendiri iaitu www.cmshop.com.my yang didaftarkan pada hujung tahun 2013.

Aku juga berkebolehan dalam menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator namun tidaklah secekap mereka yang lain.hahahah

Aku juga mula berjinak dalam bidang blog ini sejak tahun 2011 lagi dan kini aku merupakan salah seorang blogger yang bernaung di bawah Blooggers Dot Com. Dan pada tahun 2013 aku telah mula bergiat aktif dalam menulis blog serta membuat review berkenaan produk usahawan bumiputera.